Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sebuah rumah yang selesa, selamat dan memenuhi segala keperluan aktiviti penghuninya merupakan satu impian setiap individu terutama dalam kalangan mereka yang berkeluarga.

Keadaan rumah yang selesa dan persekitaran yang selamat serta sejahtera menjadi subjektif utama yang dipilih oleh setiap individu.

Keselesaan dan keselamatan yang dimaksudkan itu dapat dilihat dari aspek reka bentuk kediaman, kemudahan sosial, infrastuktur dan lain-lain.

Pembinaan rumah idaman mengikut citarasa sendiri merupakan satu cita-cita dan kepuasan bagi setiap individu.

Oleh itu bagi merealisasikan hasrat dan matlamat masyarakat memiliki rumah idaman mengikut citarasa sendiri, Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan rumah kediaman yang mengunakan konsep Custom Mode iaitu pembinaan rumah berdasarkan spesifikasi atau kehendak pelanggan.

Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan yang berpenggalaman lebih 10 tahun dalam industri pembinaan tanpa mempunyai rekod terbengkalai.

 

 

Pembinaan rumah kediaman diatas tanah sendiri menjadi satu kelebihan kepada setiap pemiliknya kerana memiliki ruang kediaman yang selesa dan kondusif.

Hal ini kerana pemilik bebas menentukan keluasan rumah yang diidaman untuk dibina dan juga bebas menentukan konsep landskap yang diidamkan.

Terdapat 5 peringkat utama pembinaan rumah kediaman di syarikat Mahligai Idaman Development iaitu penyiasatan tapak, proses pelan, kelulusan pihak berkuasa, pembiayaan dan pembinaan.

Walau bagaimanapun terdapat lima peringkat pembinaan namun kesemua peringkat tersebut akan diurus oleh Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd tanpa membebani dan mengganggu aktiviti harian pihak pelanggan.

Proses Bina RumahProses Bina Rumah

Tapak Rumah

Pada peringkat peyiasatan tapak antara elemen yang diambil kira ialah keluasan tapak, batu sempadan yang sah, bentuk fizikal tapak (Perlu atau tidak dilakukan penambakan), jalan masuk dan lain-lain. Pada peringkat ini penting terutama dari aspek mengenalpasti batu sempandan yang sah bagi mengelak melebihi kawasan yang dimiliki.

Setelah penyiasatan tapak dilakukan dan proses pelan dimulakan dengan melukis pelan lantai hingga pelan detail iaitu pelan akan dilukis berdasarkan kehendak dan permintaan serta citarasa pelanggan.

Proses Pelan

Pada peringkat pelan ini pelanggan akan dibantu oleh pelukis pelan Syarikat Mahligai Idaman yang berpengalaman untuk memberi idea dan nasihat berkaitan perekaan design dan bentuk pembinaan rumah dari pelbagai aspek seperti aspek pengudaraan, pencahayaan dan sebagainya bagi memastikan pembinaan rumah idaman yang dibina selesa dan sesuai dengan keadaan semasa serta mengikut bajet pelanggan.

Terdapat tiga jenis pelan iaitu pelan lantai merujuk kepada pelan rumah yang akan dibina. Manakala Pelan 3D pula ialah pelan yang dilengkapi grafik yang menggambarkan rumah yang akan dibina.

Manakala pelan detail pula merujuk kepada pelan yang dilukis berserta simbol-simbol pendawaian elektrik. Pelan detail juga digunakan sebagai pelan kelulusan bomba.

Majlis Daerah

Seterusnya, setelah kerja-kerja pelan selesai, proses permohonan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilakukan iaitu permohonan cadangan pembangunan projek. Permohonan ini dibuat melalui One Stop Centre (OSC) di Majlis Daerah masing-masing.

Setelah memperolehi kebenaran merancang daripada pihak PBT maka diteruskan dengan peringkat pembiayaan.

Pembiayaan

Pada peringkat ini Syarikat Mahligai Idaman Development menerima empat jenis kaedah pembiayaan iaitu pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Pinjanaman badan berkanun dan Pinjaman bank serta tunai.

Pelanggan akan dibantu oleh pegawai pemasaran dan pegawai pentadbiran syarikat Mahligai Idaman Development dalam urusan membuat dokumentasi pinjaman perumahan agar permohonan pinjaman diluluskan.

Pembinaan

Setelah urusan pinjaman diluluskan maka diteruskan dengan peringkat terakhir iaitu peringkat pembinaan. Pada peringkat ini kerja-kerja pembinaan mengambil masa antara 8 bulan sehingga 12 bulan ia bergantung kepada keluasan rumah yang dibina.

Peringkat ini merangkumi kerja-kerja permohonan sijil layak menduduki atau dikenali sebagai Certificate Of Completion and Compliance (CCC).

Penyerahan

Seterusnya penyerahan pemilikan kosong atau penyerahan kunci kepada pihak pelanggan.

Penyerahan pemilikan kosong akan disertai dengan surat jaminan liabiliti iaitu surat tanggungan kecacatan rumah selama 12 bulan.

Setelah penyerahan pemilikan kosong dibuat bermaksud kerja-kerja pembinaan siap dibina sepenuhnya dan selamat untuk diduduki.

Antara kelebihan syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat pembinaan yang aktif dalam pengimportan bahan binaan sejak 2015. Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd juga merupakan sebuah syarikat pembekal produk morvan yang memiliki kualiti dan variasi produk yang pelbagai iaitu setanding dengan arus kemodenan industri pembinaan pada masa kini.

Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd juga merupakan sebuah syarikat pembinaan yang berpengalaman dan telah berjaya membina lebih 300 buah unit kediaman tanpa mempunyai rekod terbengkalai.

Andai sedang mencari syarikat kontraktor bina rumah diatas tanah sendiri yang memiliki kepakaran tinggi dalam industri pembinaan Syarikat Mahligai Idaman Development Sdn Bhd merupakan pilihan yang tepat. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sewangan berikut: https://mahligaiidaman.com/portfolio-rumah/